Safety is
No.1

Anda Mencari Khidmat Profesional Wiring Elektrik Mengikut Peraturan Suruhanjaya Tenaga (ST), Selamat, Bahan Berkualiti Dan Tahan Lama?

Suruhanjaya Tenaga adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang mengawal dan melaksanakan peraturan bekalan elektrik untuk kegunaan domestik dan komersial di Malaysia..

Buat Wiring Ni Biarlah Sekali Jer… Selamat dan Ikut Peraturan. Anda Dah Belanja Ribu-Ribu. Takkanlah Nak Keluar Duit Lagi. Nak Baiki Macam-Macam Kerosakan Akibat Pemasangan Yang Tak Betul, Tak Selamat dan Caca Merba!

Tanda kebakaran di DB Box seperti ini mengundang berlakunya kebakaran seluruh rumah. Jangan anda abaikan perkara ini.

Bayangkan wiring di rumah anda baru saja buat tak sampai 5, 3, 2 atau 1 tahun tetapi dah macam-macam hal pelik berlaku. Trip sana sini, ‘tak cukup api’, ‘terlebih api’, banyak alat elektrik rosak disambar petir, ada cas renjatan, trip kalau petir dan macam-macam lagi!

Jadi, jangan anda ambil mudah dan abaikan perkara ini. Ia sangat membahayakan. Demi  keselamatan diri dan keluarga anda. Tanpa disangka-sangka ia boleh menyebabkan kebakaran atau renjatan hingga kehilangan nyawa.

Sepatutnya wiring sesebuah rumah berfungsi baik dan boleh bertahan sehingga 30 ke 50 tahun! (jika wiring berkualiti tinggi dan diselenggara dengan baik)

 

 

Nasihat Keselamatan: Elakkan Kebakaran Yang Menyebabkan Kerugian Besar atau Renjatan Elektrik Hingga Kehilangan Nyawa Kerana Salah Pendawaian,Tidak Selamat dan Tidak Ikut Peraturan!

Biar Anda Modal ‘Besar Sedikit’ Permulaannya Tapi Tak Akan Rugi Lagi (Harta Benda dan Nyawa) Selepas Ini.

 

Lihatlah akibat litar pintas… [banyak lagi berita kebakaran berkaitan litar pintas jika anda google di Internet]


Klik gambar Pesanan PPIM.

Berita penuh: Rumah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan.


Kes lelaki rentung: Kebakaran rumah disyaki akibat litar pintas. Klik gambar berita penuh.

Korban 2 beradik: Litar pintas punca terbakar. Klik gambar berita penuh.

Apakah Punca Litar Pintas?

Ini tak lain tak bukan kerana pemasangan wiring yang tidak betul dan tidak mengikut  spesifikasi Suruhanjaya Tenaga (ST). Tambahan lagi wiring tidak pernah diselenggara selepas beberapa lama.

Mungkin suatu masa dulu anda nak jimat kos tetapi memilih kontraktor pendawaian yang tidak mahir, tidak mementingkan keselamatan, tidak mempunyai ilmu pendawaian yang betul dan tidak sedar pun mereka hanya memikirkan pendawaian asal jadi sahaja!

Atau anda percaya sepenuhnya kepada kontraktor pilihan anda dengan membayar kos yang agak mahal tetapi mereka pula yang sengaja melaksanakan kerja dengan tidak profesional dan amanah.

Akibatnya selepas beberapa ketika berlaku pelbagai masalah termasuklah lintar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran dan kehilangan nyawa. 

Bahkan terdapat kes terkena renjatan elektrik pada pemanas air mandian (water heater) sehingga menyebabkan kematian kerana pendawaian yang tidak betul dan tidak selamat.


Suami isteri maut dipercayai terkena renjatan elektrik pemanas air. Klik gambar berita penuh.

Kematian Eddy Malmsteen dan kakaknya. Pemanas elektrik dipercayai punca renjatan. Klik gambar berita penuh.

Perkara Ini Boleh Dielakkan Kerana …

Kini Buku Garis Panduan Pendawaian Elektrik [Versi Terbaru] Oleh ST Ini Menjadi Rujukan Kami Untuk Pemasangan Elektrik Yang Selamat Di Rumah | Premis Anda.

Anda boleh membaca kandungan Garis Panduan ini jika ingin tahu (76 mukasurat)…

Untuk Siapakah Buku Garis Panduan Ini?

Semua ‘wireman’ / kontraktor elektrik tak kira kelas apa pun, sepatutnya menggunakan garis panduan ini untuk pemasangan pendawaian elektrik yang betul dan selamat. Tetapi masih ramai yang tidak mahu @ sedar adanya buku garis panduan ini.

Atau jika mereka tahu mereka mungkin sengaja tidak mahu menggunakannya (mengabaikan saja). Mungkin untuk jimatkan kos dan tingkatkan semaksima keuntungan mereka.

Kesannya kepada anda sebagai tuan rumah. Sudah tentu pemasangan pendawaian di rumah / premis anda tidak selamat dan akan bermasalah dikemudian hari (bukan sekarang tapi tunggu masa sahaja).

Lebih teruk lagi mereka yang memasangnya adalah warga asing yang hanya ikut-ikutan membuat kerja elektrik. Mereka buat asal jadi sahaja. Soal keselamatan dan cara yang betul tak diambil kira

Anda selaku tuan rumah pula sibuk dan tak nak tahu apa pun bab elektrik! Serahkan sepenuh kepercayaan kepada mereka. Memang tidak bernasib baiklah jika anda menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada mereka.

Sepatutnya buku Garis Panduan inilah yang menjadi panduan dan peraturan pemasangan elektrik domestik (rumah) dan komersial (pejabat). Ia merangkumi garis panduan lengkap bagi pendawaian Fasa Tunggal (Single Phase) dan 3 Fasa (3 Phase). 

Tiada lagi dakwa dakwi oleh sesiapa pun jika menggunakan buku panduan ini.

Hasilnya pendawaian anda selamat dan tahan lama! Safety is No. 1

Tahukah Anda?

Masalah Elektrik Tidak Akan Terus Timbul Selepas Siap Pemasangan. Tetapi Akan Timbul Tanpa Diduga Selepas 1 Bulan, 1 Tahun, 2 Tahun Mahu Pun Beberapa Tahun Kemudian!

Oleh Itu Pemasangan Yang Betul Perlu Dilakukan Sejak Awal Lagi.

Kami Mempunyai Jaminan Sehingga 5 Tahun!

Apakah Jenis Bekalan Elektrik Yang Sesuai Untuk Domestik (Rumah) dan Premis Komersial (Pejabat / Kilang)?

Terdapat 2 jenis bekalan elektrik ialah Bekalan Fasa Tunggal (1 Phase) dan Bekalan 3 Fasa (3 Phase).

Jenis bekalan ini akan ditetapkan oleh pihak TNB bergantung kepada kiraan Maximum Demand (MD) sesebuah rumah atau premis semasa permohonan baru untuk kemasukan bekalan elektrik dibuat kepada TNB.

Contohnya jika MD anda berada di dalam julat tertentu, dan anggaran jumlah arus elektrik maksima yang akan digunakan sepenuhnya pada satu masa ialah tidak melebihi 50A dan kurang 32A maka anda akan menerima bekalan kuasa 1 Fasa dengan 63A.

Manalaka sekiranya ianya menghampiri 63A maka anda akan diberi bekalan kuasa 3 Fasa.

 

Fasa Tunggal (Single Phase) dan 3 Fasa (3 Phase)

Pemasangan yang betul dan keselamatan bermula dari DB Box!

Apa itu DB Box?

Distribution Box (DB) adalah kotak agihan dan pusat pendawaian bagi sesebuah sistem pendawaian di rumah / premis anda. Ia adalah tempat paling penting supaya  sistem pendawaian berfungsi dengan selamat dan sempurna.

Di sinilah bermulanya perancangan sistem pendawaian dan tahap keseluruhan keselamatan pendawaian seisi rumah.

Sekiranya perancangan dan aturan di dalam DB Box ini tidak dibuat dengan betul bermakna sistem pendawaian berada dalam keadaan tidak selamat dan tidak menepati spesifikasi ST.

DB Box (Kotak Agihan)

Sub-DB

Sesebuah rumah boleh mempunyai lebih daripada 1 DB Box. Iaitu samada 2, 3 atau lebih bergantung kepada saiz sesebuah rumah. Tujuannya supaya sistem pendawaian lebih teratur, tahan lama, menjimatkan kos serta mudah diurus dan diselenggara.

Contohnya di hadapan ruang tamu rumah terdapat 1 DB Box iaitu DB Box utama atau dipanggil Main DB dan tambahan 1 lagi DB Box di ruang dapur iaitu dipanggil Sub-DB.

Dengan adanya DB Dox di ruang tamu contohnya, ia boleh mengawal pengagihan kuasa di kawasan sekitar ruang tamu termasuk bilik-bilik, ruang menonton, ruang makan dan sebagainya.

Manakala DB Box yang berada di dapur, ia boleh mengawal dan mengagih kuasa untuk ruangan dapur memasak, membasuh, bilik air dan lain-lainya.

Kedua-dua DB Box ini bersambungan di antara satu sama lain dan saling mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan mengikut spesifikasi ST.

Komponen DB Mengikut Spesifikasi ST

Fasa Tunggal (Single Phase)

1

Main Switch
C63 / C40 / C32

Punca kuasa utama dari TNB samada 63 atau 32A

5

MCB C6 / C10

Lampu / Kipas Siling / Loceng Penggera

2

SPD
(Surge Protector Device)

Alat Perlindungan Kilat
(Jika perlu)

6

MCB C16 / C20

Soket / Penghawa Dingin

3

RCCB / ELCB
63A / 40A / 32A
kepekaan 0.1A

Litar Cahaya / Kipas Siling

7

RCBO / RCCB C20
kepekaan 0.01A

Water Heater (bilik mandi) / Soket Dapur Basah

4

RCCB / ELCB
63A / 40A / 32A
kepekaan 0.03A

Litar kuasa / soket

8

MCB Spare
C6 / C10 / C16 / C20

(Jika perlu)

Sub-DB juga mempunyai komponen yang sama.

3 Fasa (3 Phase)

1

Moulded Case Circut Breaker (MCCB) 3 Pole C63 / C40

Punca kuasa utama dari TNB 63A

5

MCB C6 / C10

Lampu / Kipas Siling / Loceng Penggera

2

SPD (Surge Protector Device)

Alat perlindungan kilat
(jika perlu)

6

MCB C16 / C20

Soket / Penghawa Dingin

3

RCCB
63A / 40A
kepekaan 0.03A

Litar Kuasa / Soket
Boleh juga menggunakan kepekaan 0.03A untuk kesemua litar.

7

RCBO / RCCB C20
kepekaan 0.01A

Water Heater (mandi) / Soket Dapur Basah

4

RCCB
63A / 40A
kepekaan 0.1A

Litar Cahaya / Kipas

8

MCB Spare
C6 / C10 / C16 / C20

(Jika perlu)

Sub-DB juga mempunyai komponen yang sama.

Pembumian (Earthing)

Pembumian adalah satu perkara yang MESTI ADA dan sangat penting untuk tujuan keselamatan pengguna dan peralatan elektrik.

Fungsi pembumian adalah untuk mengelakkan bahaya kejutan elektrik hasil daripada sentuhan di antara bahagian beraliran terdedah yang hidup akibat sesuatu kerosakan.

Bahagian beraliran yang terdedah termasuklah logam bahagian luar alat elektrik, kondiut, kabel dan alat tambah lain.

Sambungan sistem pembumian dibuat di antara logam dalam pepasangan elektrik dengan jisim bumi.

Kabel pendawaian yang disambung di antara rod bumi dan bas bar pembumian di kotak agihan mestilah bersaiz minima 10mm2.

Pembumian yang telah dipasang.
Rod pembumian yang ditanam di dalam tanah sehingga mendapat bacaan di bawah 10ohm.

Bacaan rintangan pembumian yang dikehendaki mengikut peraturan ST ialah mestilah di bawah 10 ohm.

Setiap pemasangan pembumian yang dipasang mestilah diuji untuk mendapatkan bacaan dengan menggunakan alat Earth Tester seperti di bawah.

 

Contoh bacaan pembumian di bawah 10 ohm oleh alat Earth Tester.

Tahukah Anda Apakah Nama Panggilan Sebenar Kabel Pendawaian? – PVC Insulated Cable

Saiz Minima Kabel Pendawaian Untuk Semua Fasa – Jenis PVC Insulated

Saiz Kabel Jenis Pendawaiaan
1.5 mm2 Lampu, Kipas Siling, Ekzos Fan
2.5 mm2 Soket, Airkond <2.5 HP
4.0 mm2 Water Heater, Mircowave / Oven (melibatkan alat pemanasan yang lama), Airkond 2.5 HP ke atas.
10 mm2 Pembumian, Sambungan ke Sub-DB, Sambungan dari Meter TNB ke DB Box untuk load 32A atau kurang.
16 mm2 Sambungan dari Meter TNB ke DB Box untuk load 63A dan ke atas.

Aturan Warna Kabel Pendawaian Mengikut Fasa

Setiap satu litar elektrik akan mempunyai 3 kabel yang berlainan warna. Setiap warna akan memberi makna dan fungsi kabel tersebut. Pemilihan warna kabel yang betul sangatlah penting untuk memudahkan pemasangan dan penyelenggaraan pendawaian. Ia juga menggambarkan profesionalisma seseorang kontraktor dalam membuat kerja-kerja pendawaian.

Nota: Warna Hitam dan Hijau adalah untuk Neutral dan Bumi. Warna Merah, Kuning, Biru, Putih adalah Live (bekalan kuasa elektrik).

Fasa Tunggal

3 Fasa

Jenama dan Kualiti Kabel Pendawaian di Pasaran

Kualiti Tinggi

Kualiti Sederhana

Kualiti Rendah

Diiktiraf oleh SIRIM, ST dan JKR

Jenama:

  1. Mega Kabel
  2. Tonn
  3. Southern
  4. Utama

Diiktiraf oleh SIRIM / ST

Pelbagai Jenama tempatan di pasaran selain jenama berkualiti tinggi.

Tiada diiktiraf oleh SIRIM dan ST

Pelbagai Jenama selain dari kualiti sederhana. Kabel berkualiti rendah ini sangat  lembut dan ada yang diimport dari luar negara.

Kami hanya menjalankan kerja-kerja pendawaian menggunakan kabel berkualiti tinggi dan sederhana sahaja. 

Kami sama sekali tidak akan melakukan kerja pendawaian menggunakan kabel berkualiti rendah walaupun diminta oleh pelanggan.

Anda Ingin Mendapatkan Perkhidmatan Profesional Kami?

Rumah
Apartment
Pejabat

Kenapa Kami Lain dari Yang Lain?

Soalan Lazim

Perlukah tuan rumah memohon kepada TNB untuk membuat pendawaian (wiring) di rumah?

Tak perlu. Anda boleh terus membuat wiring sehingga siap tanpa perlu memohon kepada TNB. Sebarang kerja-kerja pendawaian di dalam rumah adalah kebebasan anda sepenuhnya.

Bilakah keadaan tuan rumah perlu memohon kepada TNB?

Permohonan hanya diperlukan jika anda ingin:

  1. Memohon bekalan kuasa baru (meter).
  2. Menukar fasa bekalan kuasa dari Fasa Tunggal ke 3 Fasa.

Apakah 3 fungsi utama MCB?

  1. Sebagai mengawal overload (arus berlebihan).
  2. Mencegah litar pintas antara Neutral dan Live.
  3. Boleh menjadi Suis Utama (Main Switch).

Apakah 2 fungsi utama RCCB / ELCB?

Menjadi pemutus litar jika berlaku sentuhan antara:

  1. Live dan Earth
  2. Neutral dan Earth

Berapakah saiz Amp cut-out yang disediakan oleh pihak TNB ke unit kediaman?

Terdapat 2 saiz Amp cut-out yang disediakan oleh TNB:

  1. 32A
  2. 63A

Berapakah saiz kabel yang sesuai sekiranya saiz Amp cut-out yang dibekalkan adan 32A dan 63A?

Saiz minima kabel untuk:

  1. Cut-out 32A adalah 10mm2
  2. Cut-out 63A adalah 16mm2

Berapakah nilai Voltage yang dibekalkan oleh TNB untuk Fasa Tunggal (Single Phase)?

Nilai voltage yang dibekalkan oleh TNB ialah di antara 216 hingga 254V untuk Fasa Tunggal.

Harga Perkhidmatan Kami Mungkin Mahal Kerana Kami Mementingkan Keselamatan, Kualiti Produk Dan Kerja!

Kos Pendawaian (Wiring)

Name Age Phone
Tom 5 010281065
Jerry 4 012540515
Halum 12 011511441

Senarai harga wiring elektrik adalah mengikut spesifikasi kualiti barang dan skop kerja yang dijalankan:-

* harga di atas adalah harga permulaan untuk pendawaian jenis permukaan yang menggunakan pvc pipe atau pvc casing

** Jika pendawaian terbenam dalam dinding (conceal) harga adalah bergantung pada skop laluan yang perlu di “hacking”

Hubungi Kami Sekarang!


011-22222222222